Guru Mengaji Meninggal Lepas Mengajar. Ketika Hayatnya Tak Boleh Berpisah Dengan Al-Quran!


Guru Mengaji Meninggal Lepas Mengajar. Ketika Hayatnya Tak Boleh Berpisah Dengan Al-Quran!


"Innalillahiwainnailaihirrojiun, Al Fatihah buat arwah Guru Abdullah Sirajuddin Ahmad"


Alor Setar - Seorang guru agama menemui PenciptaNya sebaik selesai mengajar mengaji di Masjid Wadihana Mergong Alor Setar.


Allahyarham Abdullah@Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74 tahun dari Kampung Teluk Kechai dipercayai rebah di ruang mengajar masjid itu kira-kira jam 11 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir


Menurut anaknya, Syeikh Zainul Mukhtar, 45 tahun, bapanya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 9 pagi untuk ke masjid bagi mengajar al-Quran seperti kebiasaannya


Namun dia dikejutkan dengan panggilan ibunya memaklumlan yang bapanya pengsan sebelum dimaklumkan sudah meninggal dunia ketika dia pergi ke sana.


“Seorang anak murid ayah dikenali sebagai Harun memaklumkan arwah ayah meninggal dunia dengan sangat mudah sebaik sahaja rebah dari tempat duduknya.


“Arwah ayah merupakan qari al-Quran negeri Kedah satu ketika dulu malah masih aktif memberi tunjuk ajar berkaitan al-Quran di beberapa masjid sekitar Alor Setar selepas bersara,” kata Syeikh Zainul.


Tambahnya lagi, bapa merupakan seorang bekas penghulu ini memang memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi namun tidak pernah mengadu sakit dada atau penat sebelum ini.


“Kematian bapa saya menjadi tular dan arwah dijemput dalam keadaan baik, di rumah beliau sentiasa dengan al-Quran, jika tidak mengajar beliau akan membaca al-Quran.


“Boleh dikatakan hidupnya hanya dengan kitab suci itu, dia juga ramai kawan dan anak murid, arwah sering berpesan supaya menjaga pertuturan dan menjaga adab dengan orang ramai.


“Selepas ini kami anak-anak pasti merindui alunan bacaan al-Quran beliau, namun Allah lebih sayangkan bapa dan kami reda dengan pemergiannya“ katanya


Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Kudong, Pendang.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE