Lelaki ditahan kerana melarikan istri sendiri


Lelaki ditahan kerana melarikan istri sendiri


"Siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara mangsa dan suspek mengenai hal rumah tangga," katanya.


Klang: Seorang lelaki warga asing yang dipercayai melarikan isteri sendiri ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di Felda Trolak Selatan, Perak pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan pada 10.30 malam, Selasa lalu.


Beliau berkata, pengadu memaklumkan semasa berada di rumah di Jalan Bukit Kapar, dia terdengar jeritan seorang perempuan dipercayai dilarikan dengan menggunakan kereta Proton Satria.


"Bertindak di atas maklumat, pada 10 malam keesokan harinya, sepasukan polis ke Perak dan menangkap seorang lelaki warga asing dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Semasa tangkapan, mangsa didapati berada bersama suspek," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati, mangsa iaitu seorang warga asing berumur 17 tahun sudah berkahwin dengan suspek berusia 20-an yang berasal dari negara sama tanpa mendaftarkan perkahwinan mereka.


Beliau berkata, kejadian berlaku semasa mangsa menunggang motosikal dan ditahan suspek yang menaiki kereta terbabit.


"Suspek memaksa mangsa masuk ke dalam kereta, seterusnya membawa mangsa ke sebuah rumah tidak diketahui lokasinya.


"Siasatan mendapati, punca kejadian disebabkan perselisihan faham di antara mangsa dan suspek mengenai hal rumah tangga," katanya.


Beliau berkata, suspek direman selama 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, tular di media sosial satu tangkap layar berhubung dakwaan kejadian seorang lelaki melarikan seorang gadis.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE