Letak dadah dalam minuman, dua lelaki dikecam merogol cara mudah


Letak dadah dalam minuman, dua lelaki dikecam merogol cara mudah

PETALING JAYA: Netizen menerusi ciapan Twitter melahirkan rasa kesal mereka apabila terdapat individu yang tidak bertanggungjawab meletakkan dadah dalam minuman sebelum memberikannya kepada seorang wanita, lalu dirogol sewaktu mangsa tidak sedarkan diri.

Terbaru, tular gambar yang memaparkan wajah pelaku beserta kapsyen yang memohon netizen menjejak lelaki tersebut selepas mendakwa rakannya diperkosa dan kejadian ini dipercayai berlaku di Hotel Royal Park, Kuala Lumpur.


Pengguna Twitter, nurrulnatashaa meluahkan rasa kesalnya apabila teman baiknya dianiaya seperti itu dan memohon warganet untuk membantu menjejaki dua lelaki tersebut bagi memudahkan kerja polis.

“Kawan I kena rogol dengan dua lelaki ni, anyone tahu pasal lelaki ni tolong la bagi info. Benda tak cantik la bro nak perempuan kau sumbat dadah macam ni, tolong eh sesiapa yang tahu info binatang ni, tolong inform.

“Tolong share ye, senang polis nak buat kerja. Memang dua ekor binatang ni kaki rogol orang, tolong info info please.  Last location Royal Park KL,” ciapnya dalam laman Twitter.

Melihat kejadian rogol yang tular ini, rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan marah mereka terhadap individu yang sering mengambil kesempatan lalu menganiaya wanita selain memohon golongan tersebut supaya sentiasa berjaga-jaga serta waspada.

“Please punish this both. jangan judge victim. tiada siapa pun minta kena rogol. Let’s make Malaysia a better place and overturn the table. Perogol tetap pesalah despite whatever victim wears or doing,” ciapan eleezeda_.

“Kalau ikut hukum hudud ni, dah rejam sampai mati dah dua mamat ni. Nak rosakkan anak dara orang je!,” ciapan syinot.

“That why aku lelaki, susah nak percaya lelaki. Sebab kes macam ni lah. Tak tau karma tu nanti adik ke anak dia ke mak dia ke, kena macam tu sebab orang lain buat. Baru rasa azab tu,” ciapan Scoodish.


“Strong reminder to my girls out there, do not accept any free drinks- alcohol, mineral water, canned drinks, coke or even air balang tepi jalan from strangers or someone you barely know. They can easily drug us. Please stay safe,” ciapan namierarslii.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE