Pelajar tingkatan 5 parah terjun tingkat empat sekolah


Pelajar tingkatan 5 parah terjun tingkat empat sekolah

“Siasatan awal dibuat mendapati mangsa bertindak demikian selepas selesai ujian peperiksaan di mana mangsa pergi ke koridor bangunan tingkat empat dan terjun,” katanya


KULAI: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera parah selepas bertindak terjun dari tingkat empat sebuah sekolah di daerah ini dalam satu kejadian pada pukul 1.26 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, akibat tindakan tersebut, mangsa cedera di bahagian kepala dan muka, patah kedua-dua tangan serta mengalami kecederaan dalaman.

Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Pada 16 November lalu, polis menerima panggilan memaklumkan seorang pelajar perempuan tingkatan lima telah terjun dari bangunan sekolah.

“Siasatan awal dibuat mendapati mangsa bertindak demikian selepas selesai ujian peperiksaan di mana mangsa pergi ke koridor bangunan tingkat empat dan terjun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE