Pesara polis mengaku salah terima suapan RM 20,700


Pesara polis mengaku salah terima suapan RM 20,700



Mengikut pertuduhan, Zubairi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jentera Ronda PSC 16 di Pengkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan didakwa memperoleh suapan iaitu wang berjumlah RM20,700 daripada Tan Kuang Hooi, 50, melalui akaun simpanan Maybank yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.



IPOH - Seorang pesara polis marin didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM20,700 empat tahun lalu.



Hakim M Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas tertuduh, Zubairi Abd Mutalib, 60, mengaku salah atas semua pertuduhan pilihan tersebut.



Tertuduh turut berhadapan hukuman penjara 57 bulan jika gagal membayar denda tersebut.



Mahkamah turut memerintahkan wang simpanannya berjumlah RM18,494.75 termasuk faedah sehingga 25 November 2021 di dalam nombor akaun di Maybank Islamic Berhad dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.



Mengikut pertuduhan, Zubairi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jentera Ronda PSC 16 di Pengkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan didakwa memperoleh suapan iaitu wang berjumlah RM20,700 daripada Tan Kuang Hooi, 50, melalui akaun simpanan Maybank yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.



Dia dituduh menerima wang itu di Pusat Bandar Sri Manjung, Manjung antara 2 Mac hingga 29 September 2017.



Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.



Dalam pertuduhan sebelum ini, Zubairi pernah didakwa atas 144 pertuduhan menerima wang RM389,390 yang membabitkan lapan individu.



Bagaimanapun, 137 pertuduhan tersebut telah diputuskan sebagai Take Into Consideration (TIC) oleh pihak mahkamah mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE