VIRAL - Diserang kerana dituduh cabul bekas pekerja

Diserang kerana dituduh cabul bekas pekerja

"Sepasang suami isteri serta anaknya cedera selepas diserang ketika minum di sebuah restoran..secara tiba-tiba telah datang sepasang suami isteri kearah mangsa lalu menuduh mangsa mencabul isterinya yang juga bekas pekerja mangsa."


PULAU PINANG 19 November - Sepasang suami isteri serta anaknya cedera selepas diserang ketika minum di sebuah restoran di Bayan Lepas, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dalam satu kenyataan berkata, pihaknya pada 19 November 2021 pada jam lebih kurang pukul 10.28 pagi, terkesan 2 video masing-masing berdurasi 36 dan 23 saat dimuat naik pemilik akaun Twitter Nan Manjoi8715 yang memaparkan kejadian pergaduhan dan pertengkaran mulut beberapa individu di sebuah premis.

Kejadian tersebut berlaku pada 18 November 2021 pada jam lebih kurang 4.45 petang di Restoran Makbul Golden Triangle Bayan Lepas, Katanya.

Terdapat 4 laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.

Katanya lagi, semasa kejadian, mangsa bersama isteri serta anaknya sedang minum di restoran tersebut namum secara tiba-tiba telah datang sepasang suami isteri kearah mangsa lalu menuduh mangsa mencabul isterinya yang juga bekas pekerja mangsa.

Mangsa menafikan perbuatan tersebut namun suspek bertindak menyerang anak perempuan mangsa, katanya.

Seterusnya datang lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali yang mana salah seorang daripada mereka terus menyerang mangsa sekeluarga dengan menggunakan topi keledar.

Mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian kepala, isterinya mengalami kecederaan luka calar di bahagian tangan kiri manakala anaknya lebam di bahagian lutut.

Ekoran itu, pihak polis telah dibuat tangkapan keatas 10 lelaki dan 3 perempuan, kesemua mereka direman selama 3 hari sehingga 21 November ini, katanya 

Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE