Istri dan 8 orang anak maut dalam nahas kemalangan ngeri.. Innalillahiwainnailaihirrojiun


Istri dan 8 orang anak maut dalam nahas kemalangan ngeri

"Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya


Subang Jaya: 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat.

"Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

"Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

"Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis.

"Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurut Norazam, operasi ditamatkan pada 2.40 pagi.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE