Lelaki Maut Kemalangan Kereta, Motor remuk


Lelaki Maut Kemalangan Kereta, Motor remuk

TAIPING– Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan kereta di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran Kampung Pays, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.52 petang.


“Penumpang dan pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, manakala penunggang sebuah lagi motosikal, seorang wanita juga mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.


Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.


Katanya, anggota bomba bertindak membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE