Pasangan warga emas sebak rumah hangus depan mata



Pasangan warga emas sebak rumah hangus depan mata


JERANTUT – Sepasang suami isteri warga emas hanya mampu menyaksikan rumah yang didiami mereka sejak menyertai tanah rancangan Felda 50 tahun lalu musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Padang Piol di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu rumah didiami pasangan warga emas Johari Edrus, 69, dan isterinya musnah dalam kebakaran.




Johari berkata, meskipun sedih melihat rumah yang penuh dengan sejarah kehidupan mereka musnah di depan mata namun dia bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.


“Semasa kejadian saya dan isteri berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil api membakar bahagian dalam rumah.


“Saya tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan api begitu cepat marak dan membakar keseluruhan rumah sehinggalah anggota bomba tiba dan memadam kebakaran,”katanya di sini hari ini.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE