Perompak tertidur dalam kereta belakang rumah mangsa ditahan


Perompak tertidur dalam kereta selepas merompak sebuah rumah


"Wanita terbabit kemudian bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta itu dan dengan bantuan jiran, suspek akhirnya berjaya ditangkap.


MELAKA - Tindakan seorang perompak tidur sebentar di dalam kereta ketika dua rakan jenayahnya merompak sebuah rumah di Jalan Mangga 2, Taman MGBM, Bachang di sini membawa padah apabila berjaya ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun itu sedang tidur di dalam sebuah kereta jenis Hyundai Sonata di belakang sebuah rumah yang sedang dirompak.


Menurutnya, seorang wanita sebelum itu dimaklumkan oleh jiran mengenai rumah arwah ibunya telah dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah lalu bergegas ke rumah berkenaan.


"Setibanya di lokasi, wanita berkenaan bersama kakak dan abang iparnya ternampak seorang lelaki sedang tidur dalam sebuah kereta di belakang rumah berkenaan.


"Wanita terbabit kemudian bertindak mematikan enjin dan mengambil kunci kereta itu dan dengan bantuan jiran, suspek akhirnya berjaya ditangkap.


"Ketika ditahan, suspek dipercayai dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.


Afzanizar berkata, wanita itu turut melihat pintu bahagian dapur rumah terbabit dalam keadaan terbuka sebelum melihat dua lelaki sedang cuba melarikan sebuah televisyen.


Tambahnya, kedua-dua suspek terbabit bagaimanapun berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran wanita berkenaan.


"Hasil pemeriksaan mendapati, barang-barang yang hilang dari rumah berkenaan termasuk sebuah kamera lama dan beg coklat dengan anggaran kerugian sebanyak RM300," katanya.


Jelasnya, suspek yang berjaya ditangkap akan ditahan reman selama tujuh hari dan polis kini sedang giat mengesan dua lagi suspek yang berjaya melarikan diri itu.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Rakaman video mengenai penangkapan perompak berkenaan di dalam kereta turut tular di laman sosial.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE