Prank bertukar tragedi, lelaki maut akibat dipam angin melalui dubur oleh rakan sekerja
"10 hari dirawat di hospital sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan"
Hanya untuk keseronokan, pekerja di sebuah kilang di Benggala Barat didakwa mengepam udara ke dalam badan rakan sekerja melalui dubur.
Portal India Today melaporkan, selepas kira-kira 10 hari dirawat, Rehmat Ali meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan di sebuah hospital, baru-baru ini.
Insiden itu berlaku pada 16 November lalu di sebuah kilang jut (sejenis pokok yang seratnya boleh dibuat guni), yang terletak di daerah Hooghly, Benggala Barat.
Rehmat bertugas pada syif malam apabila rakan sekerjanya didakwa menangkap lelaki itu, memasukkan paip ke dalam duburnya dan mengepam udara ke dalam badannya.
Rehmat Ali dikatakan melawan, namun rakan sekerjanya tidak berhenti daripada melakukan perbuatan berkenaan.
Tidak lama kemudian, kesihatan Rehmat Ali mula merosot menyebabkan dia dikejarkan ke hospital berhampiran.
Pada mulanya, dia dibawa ke Hospital Chunchura Imambara di Hooghly.
Apabila kesihatannya didapati semakin merosot, dia dipindahkan ke sebuah hospital swasta.
Rehmat meninggal dunia selepas 10 hari dirawat akibat kejadian itu.
Doktor berkata, hati Rehmat rosak sepenuhnya akibat tekanan udara.
Selepas kejadian itu, ahli keluarga Rehmat Ali membuat aduan di balai polis Bhadreshwar.
Susulan kejadian, rakan sekerja Rehmat, Shahzada Khan dinamakan sebagai tertuduh utama dalam kes itu.
Shahzada bertanggungjawab membersihkan jut di kilang itu dengan pam udara.
Sementara itu, keluarga Rehmat dilaporkan menuntut pampasan.
Bagaimanapun, pihak kilang masih berdiam diri berhubung isu itu.
@liputan7official