Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan senyum, ketawa


Rakyat Korea Utara tidak dibenarkan senyum, ketawa


"Negara itu yang kini dipimpin anaknya, Kim Jong Un turut melarang rakyatnya meminum minuman keras serta berbelanja barangan makanan mulai semalam, sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il."


Pyongyang: Korea Utara melarang rakyatnya menunjukkan ekspresi senyum atau ketawa selama 11 hari bagi mengenang 10 tahun kematian pemerintah terdahulu, Kim Jong Il.


Negara itu yang kini dipimpin anaknya, Kim Jong Un turut melarang rakyatnya meminum minuman keras serta berbelanja barangan makanan mulai semalam, sempena ulang tahun kematian Kim Jong Il.


Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, selama tempoh berkabung itu mereka juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti riadah dan rekreasi.


"Jika ada ahli keluarga meninggal dunia ketika tempoh ini, kami juga tidak boleh menangis dan mayatnya perlu dibawa segera.


"Kami juga tidak boleh meraikan ulang tahun kelahiran," katanya kepada Radio Free Asia (RFA)," katanya.

Seorang lagi sumber berkata, lazimnya tempoh berkabung berlangsung 10 hari, namun tahun ini ia dilanjutkan sehari sempena sedekad kematian Kim Jong Il.


"Dulu ramai orang minum atau mabuk selama tempoh berkabung. Mereka ditangkap dan dilayan seperti penjenayah.


"Mereka ditahan dan tidak pernah kembali lagi selepas itu," katanya.


Katanya, polis diarahkan menahan mereka yang tidak mengikuti peraturan sepanjang tempoh berkabung.


"Ini tugas mereka selama sebulan. Saya mendengar ada antara mereka tidak tidur," katanya.


Kim Jong Il memerintah Korea Utara sejak 1994 hingga meninggal dunia dalam usia 69 tahun pada 2011 akibat serangan jantung.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE