Remaja maut digilis lori ayam


Remaja maut digilis lori ayam

"Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."


ALOR GAJAH - Seorang remaja lelaki maut selepas digilis sebuah lori ayam di lampu Isyarat Ayer Paabas di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa Muhammad Ameerudeen Zulkarnain,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dipercayai dari Alor Gajah menghala ke Simpat Ampat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa beralamat di Kampung Ulu, Melaka Pindah dipercayai terjatuh sebelum digilis tayar belakang lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu lori bersama dua kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka diminta hadir ke Balai Trafik Alor Gajah bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE