VIDEO - Sanggup berlakon cacat untuk dapat parking


Sanggup berlakon cacat untuk dapat parking

"Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan ‘parking’ di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) mengundang kecaman pengguna media sosial."


PETALING JAYA – Perkongsian sebuah video oleh seorang lelaki mengenai cara mudah untuk mendapatkan ‘parking’ di sebuah pusat beli-belah dengan berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) mengundang kecaman pengguna media sosial.



Shopee 12.12

Perfect Diary DreamMatte Lipstick Lipstik Lip Glaze Matte Liquid Lip Tint Lip Gloss Ultra Everlasting Modern Series 9

RM29.90

(24,154 Sold)


Melalui video berdurasi 38 saat yang dikongsi semula di laman Twitter itu memaparkan, lelaki tersebut memaklumkan dia pada awalnya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Bagaimanapun katanya, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang didakwa menyalahgunakan kemudahan disediakan untuk golongan OKU.

“Kemudahan untuk OKU di Malaysia dah lah tak banyak. Lepas itu, masih ada yang salahguna dan memperlekehkan orang cacat? Memalukan,” kata Deah.

“Kembali ke episod penindasan orang kurang upaya secara terang-terangan. Aku kalau pakai kereta tak ada stiker OKU pun tak sanggup nak parking di parkir OKU,” kata Adhura.




“Nampak macam betul-betul cacat. Harap-harap memang betul, kalau tidak memang tak patutlah buat macam ini,” kata Dr Ted.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 17,000 kali.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE