VIRAL - Netizen berang ambulans berhenti beri laluan pada VIP



Netizen berang ambulans berhenti beri laluan pada VIP


“Kalau tak nak menyusahkan rakyat, naiklah helikopter, puak-puak menyusahkan semua orang. Inilah punca lagi rakyat marah dan tak mau derma tabung kerajaan,” ujarnya. 



PETALING JAYA: Pengguna laman sosial di Twitter hari ini berang selepas sebuah video yang dikongsikan @syzwnrose menyaksikan sebuah ambulans perlu berhenti bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang dipercayai orang kenamaan (VIP). 

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang menggunakan nama @HusbandNakal berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit di dalam ambulans itu sudah tentu memerlukan rawatan dengan kadar segera. 

“Orang dalam ambulans ‘nenong’ siren minta nyawa, agak-agaklah. Bagilah ambulans jalan dulu selepas itu hentikan semula trafik, tak gitu. 

“Kalau tak nak menyusahkan rakyat, naiklah helikopter, puak-puak menyusahkan semua orang. Inilah punca lagi rakyat marah dan tak mau derma tabung kerajaan,” ujarnya. 

Seorang lagi warganet yang menggunakan nama @kecaman turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang melampau apabila ambulans yang perlu memberi laluan kepada VIP.






“Ini melampaulah kalau macam ini.. ambulans pula kena tunggu kau (VIP) punya konvoi. Tak apa, sebab bukan keturunan kau kan yang ditimpa musibah. 

“Allah Maha Adil.. sekarang masih masih bernyawa bole lah tunjuk kuasa.. alam barzah kita lain nasib di sana.. Semoga berjaya,” katanya. 

“Ambulan kalau kosong..tak ada bagi lampu dan siren ‘nenong’, ambulans atas itu siap pasang lampu besar..siap bagi hon..abam (abang) polis buat tak tahu saja..sudah habis konvoi baru bagi jalan..Oh Malaysiaku,” ujar @HusbandNakal. – UTUSAN ONLINE


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE