Covid-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui


Covid-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui

"Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital."


PARA saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu Covid-19.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.

Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini, katanya.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau 'pink eye' dan keguguran rambut.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE