Detik Ngeri 7 pelancong maut ditimpa cenuram runtuh


7 pelancong maut ditimpa cenuram runtuh

"Serpihan bongkah batu jatuh dan menghempap tiga bot pelancongan. Angka rasmi terkini yang maut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang," kata jurucakap bomba


RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan tiga masih hilang selepas cenuram runtuh menimpa bot membawa pelancong di sebuah tasik di Brazil, kata pihak berkuasa, semalam.

Pasukan penyelamat termasuk skuad penyelam dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais, ketika pelancong yang panik melihat serpihan bongkah batu pecah dari cenuram dan menimpa tiga bot pelancong.

"Angka rasmi terkini yang maut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang," kata jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara.

Terdahulu, Komander Bomba Minas Gerais, Kolonel Edgard Estevo da Silva berkata sekurang-kurangnya 20 orang masih hilang, selain 32 orang cedera.

Estevo berkata, usaha pencarian dihentikan sementara pada waktu malam atas faktor keselamatan dan disambung semula pada waktu pagi.

Estevo berkata, usaha pencarian dihentikan sementara pada waktu malam atas faktor keselamatan dan disambung semula pada waktu pagi.

Jelasnya, jumlah yang hilang dianggarkan berdasarkan 'maklumat saksi, agensi pelancongan dan saudara mara mereka'.

Pada tengah hari semalam waktu tempatan, serpihan bongkah batu jatuh dan menghempap tiga bot pelancongan di Tasik Furnas, kawasan pelancongan di wilayah Capitolio.

Pelancong berpusu-pusu melihat dinding batu, gua dan air terjunnya yang mengelilingi perairan Tasik Furnas, dibentuk oleh empangan hidroelektrik.

Dalam video dikongsi di rangkaian media sosial, terdapat rakaman detik tepat apabila cenuram itu jatuh ke atas tiga bot berkenaan yang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang menyaksikan kejadian itu dari bot lain.

Satu lagi video di media sosial menunjukkan detik beberapa minit sebelum cenuram itu runtuh, yang mana beberapa orang memberi amaran terdapat banyak batu yang jatuh dan menjerit kepada penumpang bot lain supaya menjauhi dinding tasik berkenaan.

Menurut anggota bomba dan pasukan penyelamat lain termasuk penyelam, sekurang-kurangnya 32 orang cedera dengan sembilan daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.







Bomba berkata, hujan lebat dalam beberapa hari kebelakangan ini di tenggara Brazil mungkin antara faktor berlakunya runtuhan itu. - AFP

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE