Jepun cipta screen yang boleh dijilat

Jepun cipta screen yang boleh dijilat

"Pengguna selepas ini tidak perlu pergi ke restoran-restoran untuk mencuba rasa makanan, hanya perlu jilat pada screen TV sahaja"


Tokyo - Seorang professor dari Jepun berjaya mencipta screen yang boleh dijilat untuk merasai makanan yang terpapar di screen. 

Satu pembaharuan dalam dunia maya apabila pengguna selepas ini bukan sahaja dapat melihat makanan melalui screen malah dapat merasai perisa makanan dengan menjilat pada permukaan screen.

Alat ini dinamakan 'Taste The TV (TTTV)' menggunakan 10 jenis perisa yang bertapis untuk menyembur dalam kombinasi tertentu untuk mencipta rasa makanan tertentu. Sampel perisa kemudian digulung pada filem bersih di atas skrin TV rata untuk penonton mencuba menjilat.

"Tujuan penciptaan alat ini adalah untuk memberi pengalaman kepada pengguna untuk merasai makanan-makanan mewah seperti yang terdapat di restoran-restoran hanya dari rumah selain dapat digunakan bagi tujuan pembelajaran." katanya

Professor Miyashita membangunkan projek TV boleh jilat ini bersama 30 orang pelajarnya telah berjaya mencipta beberapa perisa makanan lain untuk dipraktikkan ke dalam TV boleh jilat. 

Miyashita menjelaskan beliau sudah mencipta alat ini dalam bentuk prototaip sejak beberapa tahun lalu. Untuk tujuan komersial pula alat ini dianggarkan memakan kos 100,000 yen ( RM 3,643) dan ke atas. 

"TV ini dapat memudahkan urusan pembelajaran, bermain game serta banyak lagi tujuan lain yang bermanfaat. "
Miyashita juga mahu mengusahakan teknologi spray makanan berperisa pizza dan chocolate supaya dapat diaplikasikan kepada semua jenis peranti yang berscreen bukan sahaja TV. 

Beliau juga berharap teknologi screen boleh jilat ini mendapat sambutan dan digunakan di seluruh dunia seperti pengguna yang gemar mendengar music menggunakan peranti begitu juga harapannya supaya pengguna gemar menjilat screen untuk merasai perisa makanan melalui paparan screen.



Seorang pelajar dari Meiji mencuba teknologi TTTV secara sukarela. Katanya rasa chocolate yang terpapar discreen itu mirip dengan rasa chocolate yang sebenar.


"Rasa macam coco campur susu" - katanya





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE