Pegawai Imigresen dakwa diugut pegawai SPRM


Pegawai Imigresen dakwa diugut pegawai SPRM


"Lelaki itu mendakwa, pada 2 Disember dan 3 Januari lalu, beberapa pegawai SPRM menyuruh dia mengaku salah dan menawarkan denda sebanyak RM5,000."


PUTRAJAYA - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) mendakwa diugut oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes yang dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.


Menurut laporan polis yang tular di sebuah portal, lelaki berusia 29 tahun itu memaklumkan dia dituduh di mahkamah berkenaan pada 1 April lalu dan memohon bicara bagi kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.


Pada 9 November lalu, peguamnya telah meninggal dunia dan kes ditetapkan untuk dia melantik peguam baharu untuk perbicaraan pada 3 Julai hingga 7 Julai ini.


Lelaki itu mendakwa, pada 2 Disember dan 3 Januari lalu, beberapa pegawai SPRM menyuruh dia mengaku salah dan menawarkan denda sebanyak RM5,000.


Lelaki itu turut mendakwa dia dan isterinya berasa takut dan terancam dengan ugutan tersebut, dia kemudian telah datang ke balai polis pada Isnin untuk membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi pada Selasa mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Menurutnya, laporan itu dibuat oleh pengadu yang telah dituduh oleh SPRM di Kelantan


"Kes telah dirujuk ke Jabatan Integriti SPRM untuk tindakan atas arahan Bahagian D5 (Pendakwaan/Undang-Undang) Bukit Aman," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE