Pelajar pratikal disuruh mandi bogel, nonton filem lucah depan isteri majikan
"Adik saya dan pelajar-pelajar pratikal yang lain diberhentikan 2 minggu sebelum tamat ujian oleh majikan mereka selain disuruh mengecat dinding. Mana hati perut kau?" - kakak mangsa
Tular satu video di sosial media yang dikongsikan oleh seorang wanita yang mendakwa bahawa adiknya kena gangguan seksual oleh majikan.
Menurut penjelasan yang dibuat, adiknya dan beberapa rakan yang lain sedang melakukan ujian praktikal di salah sebuah syarikat 'interior design' namun diberhentikan 2 minggu sebelum mereka tamat ujian praktikal atas alasan 'attitude'.
Wanita itu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan majikan yang tidak berhati perut itu yang memberhentikan adiknya serta pelajar-pelajar praktikal yang lain 2 minggu sebelum tamat ujian selain diganggu ketika cuti sabtu dan ahad.
Menurutnya, pelajar-pelajar praktikal itu diberi tugasan yang bukan dalam bidang mereka(IT) seperti disuruh melakukan kerja akaun dan mengecat dinding. Namun adiknya masih boleh bersabar dengan arahan majikannya.
Hingga satu tahap adiknya disuruh untuk mandi bogel serta disuruh menonton filem lucah bersama pelajar-pelajar praktikal yang lain didepan isterinya.
Oleh itu wanita ini mahukan pemohonan maaf secara terbuka daripada majikan yang keterlaluan itu supaya perkara yang sama tidak berulang lagi kepada pelajar-pelajar praktikal yang lain.
@liputan7official