Pemandu treler kena serangan jantung, bukan mabuk


Pemandu treler kena serangan jantung, bukan mabuk

"Video tular yang mendakwa seorang pemandu treler mabuk terbabit kemalangan dengan tiga buah kereta lain adalah tidak benar, sebaliknya lelaki itu didapati mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital."



SUNGAI BULOH - Video tular yang mendakwa seorang pemandu treler mabuk terbabit kemalangan dengan tiga buah kereta lain adalah tidak benar, sebaliknya lelaki itu didapati mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan satu video tular yang memaparkan insiden kemalangan melibatkan sebuah treler dengan tiga buah kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh berhampiran sebuah kilang pada Isnin.


"Pemandu treler itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tiga buah kereta yang diparkir di bahu jalan.


"Lelaki itu dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.09 tengah hari. Punca kematian adalah 'myocardial infarction' (serangan jantung)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati waris keluarga lelaki berkenaan.


Pada Isnin, tular video berdurasi tiga minit yang memaparkan insiden kemalangan tersebut.


Tindakan seorang wanita yang menuduh pemandu lori itu mabuk sehingga melanggar beberapa buah kenderaan mengundang kemarahan pengguna laman sosial.


Video tular itu telah mendapat perhatian rakan pemandu berkenaan yang mendedahkan lelaki itu meninggal dunia akibat sakit jantung.






Menurut rakannya, pemandu berkenaan bekerja dengan sebuah syarikat di Sungai Buloh dan mempunyai masalah jantung.


Rakannya memaklumkan tuduhan pemandu berkenaan mabuk adalah tidak benar, sebaliknya pemandu itu telah mengalami serangan jantung hingga tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik dan kemudian telah dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE