Aksi wanita Rohingya minta sedekah lebih ‘ekstrem’
"Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah."
PETALING JAYA – Kisah kanak-kanak dipercayai keturunan Rohingya yang bertindak kasar ke atas pengguna jalan raya semasa meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat baru-baru ini telah mengundang kemarahan orang ramai.
Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, @idaleesa, dia yang berjaya merakam aksi wanita itu yang menunggu di depan pintu rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan golongan tersebut.
“Ada dua orang yang datang, seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung.
“Kejadian berlaku di Batu Buruk, Terengganu. Rumah tiada pagar dan hanya tepi jalan, pintu rumah orang luar tidak nampak kita di dalam,” katanya.
Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan di ruangan komen oleh pengguna yang lain.
“Semakin berani mereka, ini disebabkan kita beri sangat muka kepada mereka tinggal di Malaysia,” kata Wan Hamizah.
“Kalau saya, terus hubungi pihak polis dan ikut jejak mereka kemana, geram betul saya dengan golongan ini,” kata Miss Aen.
“Sebelum ini pun berlaku di rumah saya, nasib pintu pagar tutup, tiba-tiba saya jumpa dekat simpang naik van ramai-ramai,” kata Miss Zorra Torra.
@liputan7official