VIDEO - Pelanggan berebut cocacola, pengurus pasar raya dikompaun RM 1,000


Pelanggan berebut cocacola, pengurus pasar raya dikompaun RM 1,000

"Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengurus sebuah pasar raya di Jalan Medan Sejahtera dekat sini, susulan gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung premis itu yang berebut ketika mendapatkan minuman promosi."


Sitiawan: Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengurus sebuah pasar raya di Jalan Medan Sejahtera dekat sini, susulan gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung premis itu yang berebut ketika mendapatkan minuman promosi.

Dua video masing-masing berdurasi 11 saat dan 30 saat itu menunjukkan sekumpulan pelanggan sedang berebut mendapatkan minuman yang dijual pada harga promosi tanpa mengamalkan penjarakan fizikal tular di Facebook pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 9 pagi Jumaat lalu.

"Polis bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Manjung memanggil pihak pengurusan pasar raya berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu pada 2 petang hari ini.

"Susulan itu, satu kompaun dikeluarkan terhadap pengurus pasar raya terbabit atas perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) iaitu gagal memastikan penjarakan fizikal pengunjung di dalam premis mengikut Akta 342," katanya dalam satu kenyataan hari ini.









Nor Omar berkata, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perlanggaran SOP boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE