VIDEO - Polis cari kumpulan bergaduh di Bukit Bintang


Polis cari kumpulan bergaduh di Bukit Bintang

"Polis sedang mengesan kumpulan yang dipercayai terbabit pergaduhan berhampiran stesen monorel Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.
"


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan kumpulan yang dipercayai terbabit pergaduhan berhampiran stesen monorel Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, rakaman video pergaduhan itu tular selepas dimuat naik di Facebook.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sedang menjalankan pengesanan ke atas kumpulan terbabit sebaik saja video itu tular.

"Siasatan lanjut mengenai kejadian itu akan dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Noor Dellhan berkata, polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit apa-apa kesalahan dan melanggari undang-undang.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 22 saat menunjukkan sekumpulan lelaki berkumpul dipercayai bergaduh di hadapan sebuah premis.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE