VIDEO - Suspek curi duit tabung surau diburu


Suspek curi duit tabung surau diburu

"Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga bewarna kelabu namun nombor pendaftarannya tidak pasti," katanya 


Kluang: Polis memburu suspek mencuri duit tabung di surau di Taman Puteri di sini, 15 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, perbuatan suspek iaitu seorang lelaki itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

"Suspek masuk dan mengambil duit di dalam tabung surau. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 9.30 pagi 15 Januari lalu.

"Suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga bewarna kelabu namun nombor pendaftarannya tidak pasti," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia atau untuk simpanan harta.





"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyaiurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE