VIDEO - Terlelap punca Myvi putih rempuh lampu isyarat


Terlelap punca Myvi putih rempuh lampu isyarat

“Siasatan mendapati Perodua Myvi itu dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun bekerja sebagai tukang masak. Pemandu Perodua Bezza iaitu seorang warden penjara berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."



SUNGAI UDANG 28 Jan – Pemandu sebuah Perodua Myvi terlelap menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar lampu isyarat, tiang lampu dan sebuah Perodua Bezza di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks Penjara Sungai Udang, di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) hari ini.

Berdasarkan video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku tepat pada jam 7.50 pagi tadi.

Perodua Myvi datang dari arah Paya Rumput itu dilihat melanggar pembahagi jalan, lampu isyarat dan tiang lampu sebelum terbabas dan melanggar Perodua Bezza dari arah Sungai Udang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Rempuhan kuat Perodua Myvi berkenaan menyebabkan lampu isyarat dan tiang lampu tumbang ke tengah pembahagi jalan.

Sejurus kemudian beberapa individu termasuk penunggang motosikal dilihat bergegas membantu pemandu Perodua Myvi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Siasatan mendapati Perodua Myvi itu dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun bekerja sebagai tukang masak.

“Pemandu Perodua Bezza iaitu seorang warden penjara berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.




“Akibat kemalangan itu, pemandu Myvi itu hanya mengalami sakit pinggang dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE