VIDEO - Wanita kecewa dicaj RM 9,348.30 ketika makan di sebuah restoran viral


Wanita luah rasa kecewa, dicaj RM 9,348.30 ketika makan di sebuah restoran viral

"Dalam iklan tulis lain, bila dah makan tengok bil caj lain"

Tular satu video di sosial media seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia dikenakan caj yang tak masuk akal ketika makan di sebuah restoran. 

Menurut wanita tersebut, dia pergi makan ke restoran itu kerana berdasarkan harga hidangan bagi seekor lobster adalah RM 299 bukan per gram dalam satu iklan. Namun selepas selesai makan,beliau terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM 9,348.30.







Setelah diteliti bil tersebut, ternyata harga bagi lobster dan king crab adalah berdasarkan gram bukan seekor RM 299 seperti yang diiklankan. Lebih parah lagi, restoran tersebut juga mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% iaitu RM 800.



Kredit Tiktok : lizzy_keen


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE