Aishah menangis diceraikan menerusi WhatsApp


Aishah menangis diceraikan menerusi WhatsApp



"Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi. Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka."


PETALING JAYA: Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, penyanyi legenda, Aishah mengesahkannya sudah pun bercerai dengan bekas suami, penghujung tahun lalu.


Mengulas lanjut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mendedahkannya diceraikan dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.


"Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.


"Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot.



"Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.


"Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan," katanya



Walaupun kini kembali hidup bersendirian, penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah ini berkata, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai dua cahaya mata lelaki, Armand Azhari dan Azhad Ahlami sebagai sumber kekuatan.


"Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi.


"Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.


"Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak," luah penyanyi bervokal mantap ini.


November lalu, Aishah mengakui, tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.


Bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangganya itu.


Terdahulu, Aishah ditemui pada majlis Makan Malam BH yang diadakan di Hotel Armada, di sini, semalam.


Pada majlis itu, juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu menghiburkan warga BH dengan dua lagu, Janji Manismu dan single terbaru, Ketentuan Takdir.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE