Bapa lakukan aksi ‘wheelie’ bersama anak kecil anggap sekadar hiburan buat konten




Bapa lakukan aksi ‘wheelie’ bersama anak kecil anggap sekadar hiburan buat konten


PETALING JAYA – Bagai menempah maut. Itu antara reaksi pengguna media sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi ‘wheelie’ seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak.


Lebih membahayakan kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar serta melakukan aksi itu di jalan raya.


Menerusi perkongsian di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan lelaki yang mengenakan kain pelikat bersama anaknya menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX-5.

Kelihatan kanak-kanak yang diletakkan di dalam raga motosikal pada bahagian depan cemas dengan aksi yang dipamerkan lelaki terbabit.


Difahamkan lelaki terbabit melakukan aksi itu selepas ‘dihasut’ oleh rakannya.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.


Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki terbabit yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah membahayakan kanak-kanak yang dibawanya.


“Aku kesian kat anaknya, fikiran bapaknya terletak kat lutut, terlalu ikut kata kawan,”tulis Shahrul ZA.


“Sengaja nak tempah maut, kesian budak tu kalau jadi apa-apa, bapa jenis apa pun aku tak tahu,”tulis Asri Man.


Pada masa sama, pengguna mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada lelaki terbabit.


“PDRM tangkap, sebelum ada yang duduk hospital,” tulis Mus Tafa.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai AL Atip Daim.


“Abang tunggu Polis Diraja Malaysia ketuk pintu rumah,” ujarnya. 


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE