Bomba selamat lelaki buta jatuh longkang


Bomba selamat lelaki buta jatuh longkang

"Bomba menyelamatkan seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang terjatuh ke dalam longkang sedalam tujuh meter" 

Kuala Lumpur: Bomba menyelamatkan seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang terjatuh ke dalam longkang sedalam tujuh meter berhampiran Jambatan Saloma, Kampung Baru di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 4.27 petang.

Komander Operasi G Sandran Segaran berkata, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, pasukan tiba jam 4.34 petang mendapati seorang lelaki mempunyai masalah penglihatan berusia 46 tahun terjatuh dalam longkang besar dan berada di tebing.

"Anggota segera memulakan operasi menyelamatkannya dan dia berjaya dinaikkan pada jam 5.06 petang.

"Mangsa cedera ringan di bahu, kaki dan tangan diserahkan kepada Unit Paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.42 petang.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE