Dos Penggalak Mampu Elak Kematian...- KJ


Dos Penggalak Mampu Elak Kematian...- KJ

"Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB (Facebook). Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak," katanya


KUALA LUMPUR: Berlaku trend peningkatan kematian dan jangkitan bagi mereka yang tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.


Data yang dikongsi Khairy menunjukkan, kematian dan jangkitan bagi per 100,000 populasi penduduk yang menerima vaksin penuh, tetapi tidak menerima suntikan dos penggalak meningkat dari segi kematian dan jangkitan dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.


Malah, jumlah kematian dan jangkitan bagi individu tidak divaksin juga jauh meninggalkan individu yang divaksin dan sudah mengambil dos penggalak.


Segenap kumpulan umur dewasa dan remaja berusia 12 tahun ke atas mencatat peningkatan kematian bagi kategori yang tidak menerima dos penggalak dengan kumpulan berusia 80 tahun ke atas mencatat 140 kematian per 100,000 penduduk.


Begitu juga, kumpulan usia 70 hingga 79 tahun dengan lebih 40:100,000 kematian dan kumpulan 60 hingga 69 tahun hampir 20: 100,000 kematian.


Dalam jangkitan kes pula, jangkitan hampir menyamai individu yang tidak divaksin bagi kumpulan berusia 80 tahun ke atas, iaitu 120:100,00 kes.


Begitu juga kumpulan 70 hingga 79 tahun, lebih 80:100,00 kes.


Sehubungan itu, Khairy meminta orang ramai supaya mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera kerana ia berkesan untuk menghadapi gelombang varian Omicron.


"Keberkesanan booster (dos penggalak) menghadapi gelombang Omicron. Ia memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.


"Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB (Facebook). Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak," katanya di laman Twitternya hari ini.


Sementara itu, menerusi data laman web COVIDNOV setakat 12 tengah tadi menunjukkan sebanyak 13,924,411 dos penggalak sudah diberikan.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE