Gara-Gara Nak ‘Selfie’, Lelaki Kacak Maut Terjatuh Dari Gunung Setinggi 700 Kaki


Gara-Gara Nak ‘Selfie’, Lelaki Kacak Maut Terjatuh Dari Gunung Setinggi 700 Kaki


Malang nasib yang menimpa seorang lelaki apabila dia dilaporkan terjatuh dari ketinggian 700 kaki selepas dipercayai tergelincir ketika sedang selfie di Puncak Flatiron, sebuah kawasan pergunungan di Arizona di Taman Negara Lost Dutchman.


Menerusi laporan Daily Mail, mangsa berusia 21 tahun sedang berkhemah bersama rakan-rakanya ketika insiden itu berlaku. Difahamkan, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada salah seorang rakan mangsa pada jam 12.45 tengah malam pada Isnin yang lalu.




Ujar Jurucakap Pejabat Sherif Daerah Pinal, Sarjan Doug Peoble mangsa dipercayai ingin menangkap gambar seorang diri dari puncak berkenaan dan foto tersebut berlatarbelakangkan pemandangan bandar. Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke bawah.


Mengulas lebih lanjut, Bahagian Keselamatan Awam Arizona telah menghantar sebuah helikopter bagi misi pencarian sebelum mayat mangsa dijumpai di sebuah denai 700 kaki dari tempatanya jatuh.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE