Haidar meninggal dunia



Kanak-kanak 5 Tahun yang jatuh ke dalam perigi sedalam 20 meter meninggal dunia

"Kanak-kanak itu dikenali Haidar terperangkap dalam perigi di kedalaman 20 meter sejak Selasa lalu dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menghampirinya susulan halangan batu besar."


Kandahar: Kanak-kanak lelaki lima tahun yang jatuh dalam perigi di perkampungan Shokak, Zabul di Afghanistan meninggal dunia hari ini.


Mayatnya ditemui selepas usaha menyelamat berlangsung selama 70 jam, menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri di Twitter yang dilapor Xinhua.


Kanak-kanak itu dikenali Haidar terperangkap dalam perigi di kedalaman 20 meter sejak Selasa lalu dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menghampirinya susulan halangan batu besar.



Terdahulu, Jurucakap Polis Zabul, Zabiullah Jawhar berkata, pasukan penyelamat bertugas sepanjang malam dan batu besar menghalang mereka daripada terus menggali.


"Kami bimbang debu pasir jatuh menimpa budak itu (Haidar) dan boleh menyebabkan kehilangannya, jadi kami sangat berhati-hati," katanya kepada AFP.


Datuk kanak-kanak itu, Abdul Hadi, 50, berkata, Haidar jatuh pada Selasa ketika dia cuba "membantu" penduduk menggali lubang di kampung itu yang menghadapi kemarau.


Sumber berkata, Haidar jatuh di kedalaman 25 meter tetapi berjaya ditarik dengan tali sehingga 10 meter sebelum tersangkut.


Wakil kerajaan Taliban kelihatan memantau operasi itu, malah beberapa pegawai memuat naik video penyelamatan yang rumit itu.


Selain itu, video tular di media sosial sejak Khamis, menunjukkan Haidar tersepit dalam perigi namun masih dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.


Dalam video itu, bapa Haidar kedengaran berkata, "awak OK anakku? Cakap dengan saya dan jangan menangis. Kami sedang berusaha bawa awak keluar."


Juga terdengar jawapan Haidar, "OK, saya akan terus bercakap."


Kejadian menimpa Haidar berlaku kira-kira dua minggu selepas tragedi Rayan, iaitu kanak-kanak lima tahun yang terjatuh dalam perigi berkedalaman 32 meter di Maghribi.


Rayan bagaimanapun meninggal dunia pada 6 Februari lalu, selepas diselamatkan pada hari kelima dia terperangkap. Pemergian Rayan diratapi seluruh dunia.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE