Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 10
"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut. Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kajang: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 di kuarters kediaman Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.20 pagi.
"Mangsa yang jatuh dari tingkat 10 tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Usaha untuk menyelamatkan mangsa dijalankan pada jam 9.45 pagi namun mangsa disahkan meninggal dunia di HCTM," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohd Faeez Norzah di talian 013-2773407.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pengabaian ke atas anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku," katanya.
Menurutnya, kes di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan Pengabaian dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
@liputan7official