Laki Bini viral curi speaker dicekup


Laki Bini  viral curi speaker dicekup

"Pemeriksaan mendapati suspek telah mencuri barangan jualan di dalam dan luar kedai bernilai RM436."


KUALA SELANGOR - Kegiatan suami isteri mencuri pembesar suara sebuah kedai aksesori di Bandar Melawati yang tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sini akhirnya dicekup polis pada Selasa.



Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, turut ditahan ialah seorang lagi individu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pasangan terbabit.


Menurutnya, hasil risikan dan maklumat pihaknya menahan ketiga-tiga mereka pada jam 12.30 pagi Selasa di sebuah premis di Puncak Alam.


"Kesemua mereka yang ditahan itu berusia lingkungan 16 hingga 31 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Ramli berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai melakukan kegiatan itu jam 4 petang pada 9 Februari lalu.


Katanya, menerusi rakaman CCTV mendapati ketiga-tiga suspek masuk ke dalam kedai tersebut.


"Pemeriksaan mendapati suspek telah mencuri barangan jualan di dalam dan luar kedai bernilai RM436.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK)," ujarnya.


Sebelum ini tular rakaman CCTV berdurasi 20 saat memaparkan tindakan dua lelaki dan seorang wanita berlegar-legar di luar sebuah premis aksesori di Bandar Melawati.




Salah seorang lelaki memakai topi kemudian menghampiri tempat jualan barangan di hadapan kedai lalu mencuri pembesar suara dan meninggalkan premis terbabit.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE