Lelaki tiba-tiba mengamuk di persimpangan lampu isyarat


Lelaki tiba-tiba mengamuk di persimpangan lampu isyarat

“Bahaya orang macam ni kalau dibiarkan ‘drive’ (memandu), takut disebabkan dia, orang lain yang tak bersalah jadi mangsa,”tulisnya.


PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara tiba-tiba mengamuk dan memaki pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian yang dirakam di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Centerpoint, Seremban itu telah mengakibatkan jalan sekitar kawasan tersebut sesak seketika.

Klip video berkaitan kejadian itu kemudiannya dikongsi di laman Facebook Inforoadblock, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu dirakam.

Berdasarkan klip video berdurasi 1 minit 31 saat itu, kelihatan lelaki yang memandu MPV jenis Perodua Alza telah menghentikan kenderaannya di persimpangan terbabit.

Lelaki itu diihat keluar dari kenderaannya dan bertindak seperti orang kurang siuman dengan memaki hamun beberapa pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Dia kemudian menaiki semula kenderaannya sebelum meninggalkan kawasan terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendakwa lelaki tersebut kurang siuman serta mempunyai masalah kesihatan mental.

“Bahaya ni, kena jumpa pakar psikiatri, macam mane dia boleh ‘drive’ memandu?,”soal Syah Aril.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Mike.




“Bahaya orang macam ni kalau dibiarkan ‘drive’ (memandu), takut disebabkan dia, orang lain yang tak bersalah jadi mangsa,”tulisnya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE