Polis terpaksa halau orang ramai di stesen minyak tular
“Orang datang nak isi minyak pun tidak senang, kau datang semata-mata nak ambil gambar, mesti pemilik marah,” jelas Ain Rahim.
PETALING JAYA- “Pemilik terpaksa hubungi polis, orang nak isi minyak, ini datang bergambar sahaja dengan angin”. Itu antara komen dilontarkan seorang netizen ketika memberi reaksi kepada sebuah video tular di Tiktok baru-baru ini.
Komen balas itu dibuat apabila seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai AmmaRawr memuat naik sebuah video menunjukkan kehadiran sebuah kereta peronda polis di stesen minyak berkenaan.
Menerusi video di dimuat naik itu, kelihatan sebuah kereta polis berada di stesen minyak terbabit bagi mengawal kehadiran puluhan kereta yang berada di situ.
Difahamkan, stesen minyak itu terletak di Genting Highlands dan menjadi tular di media sosial kerana mempunyai unsur pencahayaan cantik selain berkabus ketika waktu malam.
Berikutan itu, orang ramai sering berkumpul di situ pada waktu malam bagi mengambil gambar sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan terutamanya pada cuti hujung minggu.
Dalam pada itu, rata-rata pengguna Tiktok menyelar tindakan orang ramai yang sering bergambar di situ kerana disifatkan menyusahkan pengguna jalan raya khususnya ketika mahu mengisi minyak.
“Bagus polis datang, susah nak isi minyak sebab ramai,” kata Pak Man.
“Pekerja stesen minyak hubungi polis, isi minyak tidak tetapi datang untuk bergambar sahaja,” jelas Mr. Z.
“Orang datang nak isi minyak pun tidak senang, kau datang semata-mata nak ambil gambar, mesti pemilik marah,” jelas Ain Rahim.
@liputan7official