Rayan disahkan meninggal dunia


Rayan disahkan meninggal dunia

"Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa."


BER BERRED - Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter (m) disahkan meninggal dunia hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring.

Pihak berkuasa Maghribi mengumumkan kematiannya sebelum jam 10 malam (waktu tempatan) sejurus anggota penyelamat berjaya mengeluarkan jasad kanak-kanak malang itu dari lubang perigi berkenaan

Koresponden AP melaporkan, jasad Rayan dibalut dengan selimut kuning ketika dia dibawa keluar dari terowong yang digali pasukan penyelamat.


Rakaman di media sosial selepas mayatnya ditemui memaparkan wajah sedih dan sugul ratusan anggota penyelamat sambil orang ramai berzikir.


Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.


Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


Sementara itu, Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid turut mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak terbabit.


Rayan terperangkap selepas terjatuh ke dalam lubang perigi berhampiran rumah keluarganya di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE