Roslan Shah rebah di WHI
"Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan"
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah rebah tiba-tiba ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara langsung di studio Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari, hari ini.
Menerusi program yang membawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya.
Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kakitangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan.
Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi.
Roslan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.
Turut tampil dalam program terbabit ialah Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip.
@liputan7official