Saya pun pandai main bola - Aliff Syukri


Saya pun pandai main bola - Aliff Syukri


"Muka saya yang dikatakan sama dengan dia pun dah viral di media negara sana dan saya teringin nak pergi berjumpa dan bergambar dengannya."



Kuala Lumpur: "Saya rasa saya lagi hensem kot." Itu kata usahawan tempatan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sambil berseloroh berhubung tular wajahnya yang seakan mirip dengan pemain bola sepak Turki, Salih Ucan.


Arena Metro yang berjaya mendapatkan responnya mengakui terkejut apabila melihat wajah Salih Ucan yang sememangnya saling tak tumpah seperti wajahnya.


Katanya, beliau cukup teruja dan berhasrat untuk pergi ke Turki dan bergambar dengan pemain tengah Besiktas itu, sekaligus melihat secara dekat 'kembar' seirasnya itu.


"Saya dapat WhatsApp daripada kawan-kawan yang berkongsi mengenai muka saya yang sama dengan pemain Turki itu.


"Muka saya yang dikatakan sama dengan dia pun dah viral di media negara sana dan saya teringin nak pergi berjumpa dan bergambar dengannya.


"Bukan apa, saya nak tengok sendiri dekat mana yang dikatakan serupa sangat itu. Mungkin air muka nampak sama kot," katanya kepada Arena Metro.


Sejak dua hari lalu, gambar Salih Ucan itu tular di laman sosial apabila memiliki wajah seiras dengan pengasas syarikat kosmetik terkenal negara, D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd itu.


Susulan viralnya gambar itu, ramai yang menganggap Aliff Syukri sudah bermain bola sepak di Turki sebagai pemain profesional.





Tinjauan profil Salih Ucan mendapati, tonggak berusia 28 tahun itu bukan pemain 'kaleng-kaleng' apabila sebelum ini pernah beraksi di Serie A di Liga Itali bersama AS Roma dari 2014-2016.


Dia juga pernah beraksi untuk kelab Empoli FC di Itali sebelum menyertai kelab terkemuka Turki, Fenerbahce dan Alanyaspor.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE