VIDEO - Lelaki sakit kepala sebelum langgar tiang elektrik, bukan mabuk

Lelaki sakit kepala sebelum langgar tiang elektrik, bukan mabuk

"Seorang lelaki warga emas dan dua cucunya terselamat selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik"

BALING – Seorang lelaki warga emas dan dua cucunya terselamat selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di bahu Jalan Kuala Pegang-Parit Panjang, Kampung Mengkuang Masjid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, pemandu yang merupakan lelaki warga emas berusia 70 tahun dikatakan gagal mengawal kereta jenis Proton Wira kerana mengalami sakit kepala.

Video kereta dipandu lelaki terbabit dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar tiang elektrik turut tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima rakaman video itu pada pukul 2.10 petang dan dijadikan laporan pertama untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kereta tersebut dinaiki warga emas bersama dua cucu lelaki berusia 14 dan 15 tahun.

“Lelaki terbabit dikatakan baru menjemput dua cucunya itu dari Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah Kampung Pisang, Kupang untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Paya Besar,” katanya di sini hari ini.




Kata beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu yang demam mendakwa mengalami sakit kepala menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri dan melanggar tiang elektrik.

“Mangsa dan dua cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE