Isteri saya bukan bahan jenaka kamu...


Berang isteri dijadikan bahan jenaka, aktor Will Smith pelempang muka pelakon komedi Chris Rock di pentas Oscar 2022


"Isteri saya bukan bahan jenaka kamu!"


LOS ANGELES - Aktor veteran Hollywood, Will Smith bertindak di luar kawalan apabila menampar pelakon komedi bermulut lancang, Chris Rock di pentas Oscar 2022 pada Isnin.


Insiden di luar skrip itu berlaku ketika Rock menjadikan isteri Smith, Jada Pinkett-Smith sebagai bahan lawak sebelum mengumumkan pemenang bagi Dokumentari Terbaik.


Anugerah berprestij itu diadakan di Dolby Theater, California dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.


Sebelum ditampar, Rock mempersenda Jada Pinkett yang kini muncul dengan imej berkepala botak.


Perkara itu menyebabkan Smith bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum melempang wajah Rock dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.


Apa yang jelas, Smith tidak senang dengan kelakuan komedian tersebut yang dianggap cuba memalukan isterinya.





Smith bagaimanapun mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022.


“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022).


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE