JAKIM panggil Zul Ariffin, Siti Hariesa dan Produksi Drama...


JAKIM panggil Zul Ariffin, Siti Hariesa dan Produksi Drama... Adegan macam tu bukan ajaran Islam dan bukan budaya kita


Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai sedutan babak panas dilakonkan oleh Zul Ariffin dan pelakon baru Siti Hariesa yang mengundang kecaman ramai.


Memetik Sinar Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk dua pelakon tersebut,


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi berbincang dengan lebih lanjut.


Datuk Ahmad Marzuk berkata adegan ‘panas’ itu jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.


“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur” katanya.


Tambahnya lagi, warga industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara berkenaan


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE