Kaji semula pembukaan sempadan jika muncul varian baharu - KJ


Kaji semula pembukaan sempadan jika muncul varian baharu - KJ


"Kita tidak boleh tolak kemungkinan berlaku varian baharu atau perubahan dari segi sifat epidemiologi virus ini. Sebagai contoh sudah sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah tertentu." katanya


Kuala Lumpur: Pembukaan semula sempadan dan kelonggaran diberikan ketika ini akan dikaji semula sekiranya muncul varian baharu yang lebih ganas serta boleh melumpuhkan sistem kesihatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Bagaimanapun, beliau yakin negara dapat terus beralih ke fasa endemik berdasarkan data dan maklumat semasa mengenai jangkitan Covid-19.


Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengamalkan Dasar Kawalan Penyakit Berjangkit yang selamat dan menjaga kesihatan awam akan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Salah satunya adalah sekiranya muncul varian baharu yang lebih ganas daripada varian Omicron. Bukan sahaja Malaysia tapi negara lain pun mesti kaji semula protokol pembukaan mereka.

"Kita tidak boleh tolak kemungkinan berlaku varian baharu atau perubahan dari segi sifat epidemiologi virus ini. Sebagai contoh sudah sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah tertentu.


"Tapi setakat ini kita masih lagi melihat bahawa transisi ini boleh diteruskan," katanya dalam sidang media hari ini.


Beliau berkata, perkembangan terkini penularan wabak itu sentiasa dipantau oleh Institut Kesihatan Negara (NIH).


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE