Lelaki diculik,dirogol 3 wanita secara bergilir-gilir

Lelaki diculik,dirogol 3 wanita secara bergilir-gilir

"Dipaksa minum air tenaga sehingga menyebabkan lelaki itu trauma dan alami kelesuan yang terlampau. 72 jam selepas peculikan dia kemudiannya dicampakan ke tengah padang"

Lelaki berusia 23 tahun telah diculik selama 3 hari oleh 3 wanita di Pretoria,Afrika Selatan sebelum dirogol oleh ketiga-tiga wanita tersebut secara bergilir-gilir.

Menurut keterangan polis Afrika Selatan lelaki itu dipaksa minum air tenaga dalam keadaan separuh bogel. Lelaki itu mendakwa dia dirogol setiap hari oleh wanita-wanita itu membuatkannya trauma dan terlalu letih. 

Sebelum berlakunya penculikkan lelaki itu mendakwa dia menaiki sebuah teksi(van)yang mempunyai 15 tempat duduk dan dia dapati di dalamnya terdapat 2 orang wanita di tempat duduk penumpang dan seorang lagi memandu. 

Lelaki itu diarahkan untuk pindah ke seat hadapan sekali sebelum dibius hingga pengsan. 

Apabila sedar dari pengsan, lelaki itu dapati dia sudah berada di dalam sebuah bilik dan berbaring atas tilam single sebelum dipaksa minum air tenaga.

Selepas 72 jam penculikan, lelaki itu kemudiannya dicampakkan ke tengah padang di Benoni.

Pihak polis Afrika Selatan menegaskan bahawa mereka memandang serious dalam kes yang melibatkan serangan seksual tanpa mengira jantina. - Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE