Pesara guru maut ketika berjoging
"Seorang pesara guru meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika berjoging di perkarangan"
KUCHING: Seorang pesara guru meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika berjoging di perkarangan Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Petra Jaya di sini awal pagi tadi.
Menurut sumber, lelaki yang dianggarkan berusia 60-an itu sebelum kejadian melakukan aktiviti berjoging di kawasan tersebut sekitar jam 8.30 pagi.
Katanya, mangsa kemudiannya secara tiba-tiba rebah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi.
Setakat berita ini ditulis belum ada pengesahan daripada polis berhubung kejadian ini. - Borneo Network
Al fatihah
@liputan_7