“Siap Bawak Anak Bini..” – Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan


“Siap Bawak Anak Bini..” – Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan


Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan sebuah tangkap layar memaparkan pemilik rumah PR1MA merungut kerana rumah yang dibelinya telah didiami oleh pekerja pembinaan terlebih dahulu.


Kata wanita itu, dia telah membeli rumah tersebut namun pihak kontraktor telah membenarkan pekerja mereka untuk tinggal terlebih dahulu dalam unit yang dibeli.


Perkara tersebut kemudiannya menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen yang berasa tidak patut pihak berwajib seperti kontraktor atau pemaju membiarkan rumah-rumah yang dibeli pemilik dihuni oleh orang yang tidak sepatutnya.


Malah, tangkap layar hantaran yang dipercayai dimuat naik di laman Facebook Group PR1ma @ Ranggu Tawau itu turut memperlihatkan pekerja membawa satu keluarga untuk tinggal di kediaman yang masih dalam pembinaan tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen rata-ratanya terkesima dengan pendedahan tersebut malah ada juga yang meluahkan pendapat dan pengalaman masing-masing kerana pernah berhadapan dengan situasi tersebut.


Kata netizen, perkara seperti penempatan sementara di rumah-rumah yang masih dalam pembinaan itu adalah ‘perkara biasa’ meskipun pemilik rumah sudah mula membuat bayaran ansuran bulanan kediaman yang dibeli setelah pinjaman diluluskan.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE