VIDEO - ‘Cukup-cukup la buat drama, ramai tahu pak cik tipu’


‘Cukup-cukup la buat drama, ramai tahu pak cik tipu’

“Pak cik ini sebenarnya elok sahaja, saya tahu dia sebab kedai saya berdepan dengan simpang lampu isyarat yang selalu dia minta sedekah,” ujar Nur Ain.

PETALING JAYA – Sejak akhir-akhir ini, pelbagai cara dilakukan oleh segelintir individu temasuklah taktik kotor sehingga sanggup berlakon susah seperti peminta sedekah hanya kerana inginkan duit dengan mudah.

Begitu juga dengan satu video tular baru-baru ini, dipercayai berlaku di Kota Bharu, Kelantan mengenai seorang lelaki warga emas yang sering berlegar-legar di persimpangan lampu isyarat.

Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial @MissKay menunjukkan keadaan lelaki berkenaan yang jalan terhincut-hincut sambil melintasi kenderaannya dan beberapa kenderaan pengguna lain.

Sementara itu, wanita tersebut juga meluahkan rasa simpati dan berharap orang ramai yang melihat lelaki itu sudi menghulurkan bantuan.

“Allahu, semoga abang ini dipermudahkan segala urusan dan rezekinya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Namun begitu, perkongsian tersebut menarik perhatian ramai sehingga ada pengguna yang tampil menceritakan perkara sebenar di sebalik kesusahan yang ditunjukkan lelaki itu.

Mereka memaklumkan, kejadian tersebut hanyalah lakonan semata-semata untuk meraih simpati orang ramai dan rata-ratanya mengenali pak cik berkenaan yang sememangnya sengaja bertindak bagaikan orang kelainan upaya (OKU) demi mencari pendapatan.

“Pernah tengok depan mata, mula-mula dia buat begitu dan selepas dapat duit terus elok sahaja dia jalan,” komen seorang pengguna.

“Pak cik ini sebenarnya elok sahaja, saya tahu dia sebab kedai saya berdepan dengan simpang lampu isyarat yang selalu dia minta sedekah,” ujar Nur Ain.




“Alamak, hari itu tangan lain sakit, kali ini belah lain pulak, orang kita memang pemurah sebab itu banyak ambil kesempatan, saya bukan nak buat cerita, tapi memang pak cik ini sihat cuma suka berlakon untuk dapat simpati, pihak berwajib tolong buat siasatan, kesian ramai tertipu,” luah pengguna lain.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE