VIDEO - Lelaki lastik kenderaan di lampu isyarat ditahan, alasannya adalah kerana dia berhalusinasi


Lelaki lastik kenderaan di lampu isyarat ditahan, alasannya adalah kerana dia berhalusinasi

"Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, malah dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kesalahan dadah"

Sungai Petani, Kedah: Halusinasi menjadi alasan buat seorang lelaki yang ditahan polis selepas dia dirakam melastik ke arah sebuah lori di lampu isyarat Amanjaya arah Sungai Lalang, di sini, semalam.

Pada kejadian 6.20 petang, suspek berusia 46 tahun itu pada mulanya dilihat menunggang motosikal sambil memegang lastik di tangan kirinya, oleh seorang lelaki berusia 30 tahun.

Suspek yang juga seorang penganggur kemudian memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta lelaki terbabit sebelum dia secara tiba-tiba melastik ke arah lori yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pemandu kereta terbabit sempat merakam perbuatan suspek sebelum dia berkongsi dan memuat naik video kejadian itu di Facebook (FB) supaya orang ramai berwaspada.


Menurutnya, bimbang kemungkinan berlaku perkara lebih buruk, pemandu kereta berkenaan kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.

"Susulan daripada laporan itu, sepasukan polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah rumah di Sungai Lalang, Bedong, 11 malam tadi.

"Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian sebelum itu dan polis turut merampas lastik serta batu yang ditemui dalam raga motosikalnya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, malah dia turut mempunyai dua rekod lampau bersabit kesalahan dadah.





"Ketika disiasat, suspek mendakwa yang dia mengalami halusinasi sehingga mendorongnya melakukan perbuatan terbabit (melastik) ketika kejadian.

"Bagaimanapun suspek kini ditahan dan kita akan memohon reman terhadapnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya.

Terdahulu, rakaman video seorang lelaki berdurasi 29 saat tular di media sosial selepas dia dilihat melastik ke arah lori yang datang dari laluan bertentangan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE