VIDEO - Netizen kecam Drama Melayu unsur lucah melampau


Drama Melayu sekarang ke arah lucah terang-terangan, netizen hairan macam mana cerita macam ni boleh lulus untuk tontonan umum

“Jarang komen tapi terasa nak tulis. Kenapa perlu ada cerita Melayu macam ni?”

Sepotong video pendek yang dikongsi pelakon, Zul Ariffin berkaitan drama terbaharu lakonannya, Perempuan itu di Instagram pada Jumaat mencetuskan reaksi pelbagai netizen.


Ia susulan terdapat beberapa klip babak mesra termasuk adegan menggendong pelakon wanita dari depan yang sekali gus mencuri perhatian ramai.


Coming soon..,” tulis Zul ringkas pada ruangan kapsyen.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut terhadap video berdurasi 22 saat itu selain ada yang menyifatkan babak yang dilakonkan agak keterlaluan.


Huisshhh, sikit lagi Jabatan Netizen mesti buzy.”


“Seriuslah cerita macam ni pun ada? Kesian.”


“Hmmm makin terus industry filem or drama Malaysia aku tengok sekarang ni.”


“Jarang komen tapi terasa nak tulis. Kenapa perlu ada cerita Melayu macam ni?”


“Kenapa cerita Melayu sekarang macam ni. Aduh ghisau.”


“Ya Allah kenapa begini?”


Itu antara komen yang ditinggalkan pada ruangan komen hantaran berkenaan.



Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih sejuta tontonan bersama puluhan ribu komen.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!


FREE PALESTINE